SERDANG – Peragut kini ada modus operandi baru untuk jenayah itu, iaitu menggunakan sos cili.
Sos tersebut akan dicampak ke baju, dan apabila mangsa sedang panik, mereka ambil kesempatan untuk meragut.
Demikian hal yang menimpa seorang pelajar warga China di hentian bas berdekatan pusat membeli-belah The Mines, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias, dalam kejadian itu, tiga lelaki warga Filipina tiba-tiba datang menghampiri pelajar berkenaan dan terus mencampak sos cili ke pakaiannya.
“Dalam keadaan kelam kabut, mangsa yang terkejut dengan tindakan spontan cuba membersihkan kekotoran di bajunya itu. Mangsa menjerit meminta tolong, kemudian datang seorang lagi lelaki warga Filipina disyaki rakan suspek terus meragut telefon bimbit yang berada di tangannya,” katanya.
Bagaimanapun polis berjaya menahan salah seorang suspek beberapa minit selepas kejadian
“Kebetulan di lokasi ada beberapa anggota polis berpakaian preman melakukan rondaan. Terdengar jeritan mangsa, anggota bertindak pantas memberkasnya,” katanya.
Dua lagi rakan suspek dapat melarikan diri dan kes masih disiasat, menurut sumber Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment