Saturday, 12 October 2013

Respon David Teo Isu Larang Wawa Zainal Berkahwin

Respon David Teo Isu Larang Wawa Zainal Berkahwin | David Teo menafikan sekeras-kerasnya mengenai halangan pada Wawa Dan Aeril untuk berkahwin.Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.


Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?

AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.
WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

Aeril menyarungkan cincin ke jari Wawa semasa majlis pernikahan mereka.

DIKUARANTIN PIHAK MIG
Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?
WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.
Jadi kontrak sekarang macam mana?
WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.
Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?
WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.
Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?
AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.
Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.



DAVID TEA NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA
Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.
Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.
Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?
DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.
Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.
Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?
DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?
Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?
DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.-mStar

No comments:

Post a Comment