Tahun lepas, ketika ditanya, mengapa Allah melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Denganya Allah mempersiapkan tenteraNya dengan latihan yang cukup untuk menghadapi musuhNya di bumi Syam.'
Ya, melalui penentangan bersenjata ke atas regim Bashar al Asad yang sudah melangkaui dua tahun, barisan jihad bersenjata umat Islam Syria semakin kukuh dan tersusun.
Hari ini, ketika ditanya lagi, mengapa Allah terus melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Dengannya Allah melondehkan isi sebenar mazhab (baca firqah/kumpulan) SYIAH yang tidak mampu lagi untuk menyembunyikan kebusukan niat dan perancangan jahat mereka ke atas umat Islam.'
Ya, melalui kezaliman dan pembunuhan keji tanpa kasihan belas ke atas rakyat sendiri yang telah mencecah 100 ribu nyawa, di samping lebih sejuta orang yang menjadi pelarian perang, Bashar al Asad terus dipertahankan dan dibantu tanpa selindung lagi oleh Iran dan Hizbollah (baca Hizbut Thaghut).
Kini, jelaslah, dengan hikmat kejadian dan kehendak Allah melewatkan kemenangan di Syria berbanding kemenangan umat yang lebih awal diperolehi di negara-negara Arab yang telah mencetuskan revolusi rakyat, jelaslah kepada umat Islam bahawa SYIAH pelampau adalah di belakang Hizbollah dan Iran.
Bapa revolusi rakyat, syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi telah secara terang-terangan menarik balik pujiannya ke atas Hizbollah, lalu menggelarkannya sebagai Hizb al Thaghut. Beliau juga membidas keras negara Iran yang pernah dilunakinya dulu sepanjang usaha beliau dan para ulama Sunni (termasuk para ulama Ikhwanul Muslimin) dalam menjayakan projek besar 'taqribul mazahib' yang tidak pernah membuahkan kejayaan diimpikan.
Sokongan Syiah Hizbollah dan Iran ke atas regim haram Bashar al Asad adalah makar (perangkap) Allah ke atas kumpulan Syiah yang tidak pernah berubah akidah, pemikiran dan sikap mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak menunggu apa-apa selain kerosakan ke atas umat Islam.
Mari bersatu. Kita ada Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang berjuang menegakkan ugamaNya. Bersatulah dan jangan berpecah-belah.
Bersama beri sokongan kepada rakyat Syria dalam jihad memerdekakan negara mereka daripada penghisap darah Bashar al Asad.
Haram ke atas umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan ke atas regim Bashar al Asad, sang penyembelih rakyat sendiri.
Jika ditanya, adakah kemenangan akan diperolehi umat Islam?, jawablah dengan penuh yakin, 'Adakah Allah akan membiarkan hamba-hambaNya yang beriman dan berjuang untuk terus dibunuh?'
Tiada janji manis selain janji Allah dan rasulNya.
Esok kita berhimpun ramai-ramai di kedutaan Syria. Esok adalah Hari Untuk Syria.
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh
No comments:
Post a Comment