Thursday 21 November 2013

Polis tembak adik kekasih ditahan


SHAH ALAM – Anggota polis yang dilaporkan melepaskan lima das tembakan sehingga mencederakan adik lelaki kekasihnya di Taman Megah, Kajang dekat sini semalam ditahan reman sehingga 25 November ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, anggota yang bertugas dalam kumpulan sokongan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu baharu pernah bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Johor sebelum bertukar ke negeri itu pada 13 Oktober lalu.

Mohd. Shukri memberitahu, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes itu dan ia akan dirujuk pada pejabat pendakwa raya untuk tujuan pendakwaan di mahkamah.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota tersebut dan selepas itu tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya, menurut sumber Kosmo.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, mangsa yang ditembak dilaporkan stabil dan masih di rawat di hospital.

No comments:

Post a Comment