Wednesday 13 November 2013

Amaran!!! Hati-hati dengan wang palsu di Mesir


Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua warga malaysia yg menetap di mesir!!!
Berhati2 semasa menerima duit dari pekedai2 esp org arab!

Sebermulanya kisah berlaku di mansoura. Tadi ada seorang junior telah ditipu dengan wang palsu. Nasib baik org arab yg jaga kedai photostat tu baik, (kedai depan maktabh iman) moga Allah mmberkati ammu yg jaga kedai tu. Sebab dia telah mengajar kami serba sedikit tentang wang palsu. Ammu tu juga berpesan supaya berhati2 kerana ramai anasir2 jahat ni target pelajar malaysia!

Gambar menunjukkan wang le 50. Nampak sama tapi tidak serupa. Ada kelainan. Gambar yg berada di bawah adalah yg original.

Apa yg ammu tu ajar tadi:

1. Tengok bulatan yg paling kanan sekali, wang original ada background gelap walhal wang palsu tiada

2. Tengok bulatan yg tengah, wang original ada silver lining (kat setiap wang genih ada menda ni) walhal wang palsu tiada silver lining.

3. Tengok bulatan yg paling kiri, tulisan arab tu, ana tak faham sbenarnya. Tapi yg bawah adalah original. Tulisan pada gambar yg diatas dan dibawah adalah berlainan

4. Ammu tu pesan supaya semua student berhati2. Dan check dulu duit masing2 supaya tak tertipu.

5. Wang palsu bukan sahaja utk le50 tapi utk sume wang lain!

6. Wang daripada bank adalah 100% original.

Jadi berhati2 lah. Tgk dulu duit anda sebelum terima dari mana2 kedai. Tak kisahlah kedai bakso maha ka, YT ka, rumas ka, pastikan anda dapat yg original. Mohon sebarkan kepada sahabat2 sekalian

#membangunbersamaIslam #pray4egypt

No comments:

Post a Comment