Thursday, 28 November 2013

Alfatihah : Awie Maut Dirempuh Kereta 4x4

Alamak apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Adeh sedih juga kan. Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.
Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah, ni kembar dia. Sebijik je muka dorang ni.



Tuesday, 26 November 2013

[18SX] Gempar!!! Orang Utan Berjaya Diselamatkan Setelah Dijadikan PELACUR Di Kalimantan Tengah!!!




Seekor Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.


Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana.


Katanya, pemilik rumah pelacuran tersebut pada mulanya berkeras tidak mahu menyerahkan Pony. Baginya Pony adalah sumber kewangan rumah pelacurannya


"Tidak mudah mengeluarkan Pony dari tempat mengerikan itu, ini kerana siapa saja yang cuba hendak menyelamatkan Pony akan berhadapan dengan orang-orang desa itu yang sanggup mengayunkan parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan," kata Monterado dalam laman web Yayasan BOS.


Akhirnya selepas mencuba selama kira-kira satu tahun, Yayasan BOS dengan kerja sama dengan pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhasil memaksa pemilik rumah pelacuran itu untuk menyerahkan Pony.


Difahamkan ketika operasi menyelamatkan Pony dilancarkan, anggota tentera dan polis seramai 35 orang lengkap dengan senjata automatik AK-47 terlibat bagi memastikan ia berjalan lancar.


Menurut Fridman, penjaga rumah pelacuran itu telah mencukur hampir seluruh tubuh Pony dan menyerahkan tubuh Pony untuk 'diratah' para pemuda yang kemaruk seks di kampung itu dengan sedikit bayaran.


Paling mengejutkan, jumlah mereka yang melanggan Pony cukup ramai hingga mencecah bilangan beratus orang, menjadikan rumah pelacuran itu terkenal di kawasan sekitarnya.


Ketika ditemui, Pony diikat dengan rantai besi dan dibiarkan meniarap di atas tilam nipis menunggu untuk disetubuhi oleh pelanggan!


Apapun kini nasib Pony terbela dan binatang itu sedang dilatih di sebuah pust pemuliharaan Orang Utan di sana sebelum dijangka dilepaskan kembali ke habitat asalnya tidak lama lagi.

Guru melancap depan kelas

Seorang guru di sebuah sekolah tinggi Seoul telah menunjukkan tingkah laku yang amat mengejutkan dan GILA. Selepas teruk memukul seorang pelajar, guru itu, seperti tidak dapat mengawal dirinya, kemudian mula melancap di hadapan kelasnya.Pada April 17, Jabatan Polis Yangcheon mengumumkan bahawa guru sambilan Encik A, berumur 55 tahun, telah dibebaskan buat sementara waktu ketika dia sedang didakwa menyebabkan kecederaan tubuh badan dan pendedahan awam.
Pada jam 2:40 petang pada 17 April, apabila mendapati bahawa ada seorang pelajar lelaki telah mendengar lagu melalui fon telinga semasa kelas, guru tersebut mula memukul pelajar itu dengan teruk. Guru itu kemudian pergi keluar koridor kelas dan ketika ramai pelajar menonton, dia menjatuhkan seluar dan mula melancap.

Jurucakap polis berkata, “Buat sementara waktu kita masih melakukan soal siasat pada suspek, guru itu nampaknya tidak mempunyai masalah mental… Encik A menafikan bahawa dia menyentuh dirinya di khalayak ramai.

Selepas mengesahkan bahawa Encik A telah memukul pelajarnya dengan teruk, Jabatan Pendidikan Seoul dengan segera memecat guru itu dari kedudukannya dan memulakan tindakan tatatertib.source

INFO : Melancap Punca Mati Pucuk

Ramai lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.

Ia berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.
Lebih membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya perceraian pada malam pertamaperkahwinan.
Akibat tidak mampu memuaskan nafsu isteri, ada yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan seks dan video lucah ketika melakukan hubungan kelamin dan lebih parah, ada yang sanggup membenarkan rakan memuaskan nafsu isterinya sambil dia menyaksikannya.
Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata dia menerima sekurang-kurangnya 20 pesakit, 40 khidmat pesanan ringkas (SMS) dan lebih 120 panggilan telefon setiap bulan daripada lelaki yang berdepan masalah membabitkan lemah syahwat.

Menurutnya, lelaki bermasalah itu bukan saja golongan berkahwin tapi ramai juga yang bujang, termasuk yang membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Ramai lelaki mengalami lemah syahwat akibat terlalu lama bergelumang dengan seks bebas. Ini menyebabkan mereka tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik pada malam pertama, biarpun berasakan diri penuh pengalaman.

“Ini kerana ‘seruan malam pertama’ berlainan. Jika gagal melakukan penetrasi, tidak mustahil mereka kecundang dalam cubaan seterusnya,” katanya.
Dr Ismail berkata, di kalangan lelaki yang sudah lama berkahwin pula, ada yang memendam masalah lemah tenaga batin yang mereka alami untuk tempoh terlalu lama sehingga merosakkan rumah tangga masing-masing.

“Ia perkara serius tetapi biasanya individu yang berdepan masalah terbabit sanggup datang selepas lama ‘menderita’, menyebabkan masa berharga terbuang begitu saja,” katanya.

Bagi pengamal perubatan tradisional, Ummul Khanna Mohd Nor, 63, atau lebih dikenali sebagai Bonda, secara purata dia dikunjungi hampir 40 lelaki setiap bulan, yang hampir semuanya mengadu mengalami masalah lemah tenaga batin.

Dia yang berpengalaman 36 tahun dalam bidang urutan tenaga batin berkata, biarpun dia turut berkepakaran memberi rawatan kepada wanita yang menghadapi masalah seksual, sebahagian besar yang mengunjunginya adalah lelaki.

“Rumusan saya, ramai lelaki hari ini terbabit dengan aktiviti seksual sejak remaja. Contoh paling mudah ialah melakukan onani.

“Saya pernah didatangi seorang remaja belasan tahun yang menanggung derita apabila darah keluar dari zakarnya akibat terputus urat saraf. Puncanya, dia mengaku melakukan onani sejak usia lapan tahun.
“Dalam kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami mati pucuk. Apabila saya tanya, dia mengaku melakukan onani sehingga lima atau enam kali sehari sejak usianya akil baligh,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Bonda berkata, dia mengkategorikan masalah pesakit kepada empat tahap iaitu pra kritikal yang masih boleh berfungsi tetapi cepat klimaks; kritikal (ada masa boleh berfungsi dan ada ketika tidak); kritikal parah (tidak boleh melakukan hubungan kelamin kerana zakar tiada ereksi) dan mati pucuk.
Sehubungan itu, Bonda menasihatkan remaja supaya memahami kesan buruk akibat memuaskan nafsu sendiri dengan pelbagai cara terlarang.

“Sebenarnya, masyarakat kita kurang ilmu mengenai masalah seksual dan ia sukar dibincangkan kerana malu. Jadi saya berharap remaja mengetahui kesan sampingan akibat perbuatan yang hanya seronok sementara berbanding kesengsaraan berpanjangan,” katanya.
Bonda berkata, pesakit terbarunya ialah lelaki berusia 25 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

Katanya, lelaki itu mengalami masalah alat sulitnya lembik. Selepas diselidik, lelaki yang berkerjaya profesional itu mengaku suka melakukan onani di dalam bilik sambil melayari laman web lucah.
“Sebelum ini seorang pemuda dari Kedah gemar mengunjungi pusat urut yang menawarkan seks oral sejak usianya 20 tahun. Akibatnya dia hampir mati pucuk ketika usia 27 tahun,” katanya.
Menurut Bonda, tindakan memuaskan nafsu dengan cara onani, oral seks atau melakukan hubungan songsang sebenarnya mengundang padah dan kesengsaraan berbanding kenikmatan sementara.
“Sebenarnya onani merosakkan urat saraf dan ini banyak saya temui berlaku pada pesakit saya. Apabila melakukan onani, tangan yang kasar menarik kulit atas dan bawah dan ini menyebabkan struktur kulit longgar atau kendur.
“Ada kulit pesakit saya hampir menutup kepala zakarnya dan menyebabkan ia tidak boleh menegang dengan baik,” katanya.
Bonda berkata, seks oral dan hubungan songsang juga dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman daripada air liur selain ketagih sehingga menyebabkan dengan cara itu saja seseorang mendapat kepuasan.
“Pada usia remaja, golongan ini seronok melakukan pelbagai cara untuk memuaskan nafsu tetapi selepas berkahwin alat sulitnya gagal berfungsi, malah ada yang baru hendak mula, sudah keluar air mani.
“Banyak juga kes diterima di mana suami tidak mampu memuaskan nafsu isteri, malah ada yang tergamak menggunakan khidmat rakan untuk memuaskan isterinya sambil dia jadi penonton.
“Ada juga suami hanya bergantung kepada video lucah untuk menaikkan nafsunya baru boleh melakukan hubungan kelamin dan lebih parah lagi, ada isteri minta cerai apabila suami cepat klimaks,” katanya.
Menurut Bonda, untuk setiap pesakit yang mendapatkan rawatannya, dia menggunakan lima kaedah sebelum memberi rawatan khusus.
“Rawatan bagi masalah batin yang kronik perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali. Pada kali pertama, saya periksa tekanan darah, prostat dan abdomen sambil menyelami punca masalah.
“Selepas itu saya jalankan rawatan mengurut seluruh badan untuk melancarkan perjalanan darah. Kemudian periksa tekanan darah di kelenjar paha, sama ada stabil atau tidak. Jika ada masalah, saya akan betulkan urat saraf dan akhirnya rawatan khusus,” katanya.

Budak 6 Tahun Berjaya Lepaskan Diri Dari Penculik


KUALA LUMPUR - Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki.

Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar flat di Bangsar pada Ahad.

Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang.

Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

“Saya mahu lari tetapi saya takut. Tetapi apabila saya melihat pintu terbuka dan dia sedang melihat tempat lain, saya hanya berlari keluar selaju yang mungkin,” katanya sambil menambah lelaki itu tidak mengejarnya.

Katanya, terdapat ramai orang di sekelilingnya tetapi dia tidak berani meminta bantuan kerana bimbang lelaki itu akan mengapa-apakannya, menurut sumber mStar.

Kanak-kanak itu kelihatan bersemangat tinggi dan berkata polis telah memberikan minuman dan mi untuk makan malam.

Kematian model dirahsiahkan dari neneknya


KUALA LUMPUR - Berita kematian peragawati sambilan Cheok Hui Min akan dirahsiahkan dari neneknya.

Ini adalah keputusan yang dibuat oleh keluarga Cheok kerana takut neneknya yang berusia 72 tahun itu, tidak boleh menerima berita sedih itu.

Menurut laporanThe Star yang memetik laporanChina Press, keluarga itu bercadang untuk memberitahu neneknya bahawa Cheok telah mendapat peluang pekerjaan di luar negara dan telah berkahwin di situ.

Cheok yang dilaporkan hilang sejak 21 Nov dari rumahnya di Ampang ditemui mati di dalam longkang di Taman Seruling Jaya, Seremban oleh orang awam.

Mendiang dikebumikan di krematorium Cheras semalam.

Ayahnya dilaporkan percaya bahawa anaknya berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam longkang tersebut kerana polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri, menurut sumber Awani.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Gempar, langsuir mengilai ganggu penduduk


PASIR PUTEH - Ketakutan penduduk di beberapa kampung di daerah ini untuk keluar rumah waktu malam berikutan tersebarnya cerita mistik mengenai hantu terbang atau langsuir berakhir apabila seorang bomoh tempatan mendakwa berjaya menangkap lembaga ghaib itu.

Cerita langsuir mengganggu penduduk Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang dan Gong Penaga, dekat sini turut tersebar menerusi laman sosial selain menjadi perbualan hangat di warung kopi.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang terbang dan mengilai dalam keadaan yang menyeramkan namun sebahagian lagi menafikan cerita yang sukar untuk digambarkan dengan pemikiran yang logik.

Bomoh mistik, Ramli Yusof, 41, mendakwa berjaya ‘menangkap’ empat langsuir selepas diminta penduduk yang diganggu oleh lembaga itu baru-baru ini.

Dakwanya, dua lembaga itu ditangkap di Kampung Gong Pasir dan satu di Gong Tinggi dan Gong Lapang dengan jelmaan lembaga berkepala, berambut panjang dan tingginya paras pinggang manusia.

“Saya tangkap langsuir dengan bantuan seorang rakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ayat al-Quran digunakan dengan niat kebesaran Allah melebihi segala-galanya.

“Lembaga itu kini dipasung di satu tempat khas sebelum dihantar pulang ke tempat asalnya selepas 40 hari dari tarikh ditangkap,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak dekat sini hari ini, menurut sumber Utusan.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab. Rahman ketika dirujuk mengenai perkara ini mengakui kewujudan makhluk halus yang boleh menyerlah dengan pelbagai jelmaan namun menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub mempercayai kekuasaannya yang boleh menyebabkan berlakunya syirik.

Sunday, 24 November 2013

Penyamun tak tahan lihat mangsa hanya bertuala



KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, 1 November lalu.

Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.

“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.

“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.

101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !

Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan – Hmetro Online

Isteri mandul, suami tiduri adik ipar


Sungai Buloh: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.

Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.

Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.

“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.

“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.

“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.

Lisa Surihani Dapat Anak Kembar

Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.


Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar.

LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat.

Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.

Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri.


“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.

“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.

“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya dalam derai tawa.

Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.

“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.

“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat,” katanya.

Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.

Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.

“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama.

“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga.

“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.
“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.
“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.

“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi,” katanya panjang lebar.

Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.
Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.

Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri.

“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.

“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya,” katanya.

Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.

Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula.
Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab.

“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.

“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.

“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.

“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.

“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.

Lisa & nombor duaJangan salah faham. Ini tidak ada kaitan dengan keinginan Yusry untuk menambah bilangan isteri selepas Lisa.

Saturday, 23 November 2013

Sembunyi dalam tayar elak dicekup


Sungai Petani: Enam wanita warga Thailand mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat bagi mengelak dicekup pihak berkuasa yang membuat serbuan di sebuah pusat urut di Taman Sejati Indah, Bakar Arang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam, seramai 27 anggota Jabatan Imigresen Kedah termasuk dari cawangan Sungai Petani membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan ala Thai.

Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berusia antara 19 dan 40 tahun dengan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Difahamkan, enam wanita berusia antara 19 dan 30-an yang memanjat siling kedai itu melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum mereka berjaya dikesan ketika bersembunyi di sebalik timbunan tayar, menurut sumber HMetro.

Timbalan Pengarah Jabatan Jabatan Imigresen Kedah Mustaffa Kamal Hanaffi berkata, anggotanya memanjat bumbung bangunan kedai dua tingkat itu untuk mengesan semua wanita dipercayai masih bersembunyi dalam premis itu.

ADIK ROGOL Kakak Kandung Sampai Mengandung 5 Bulan!!!


Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya. Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.
Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

“Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.


“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.

“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya.

Kertas soalan Matematik SPM bocor?


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

“Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua’adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti,” katanya.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi ‘WhatsApp’.

“Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM, menurut sumber Bernama.

“Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku,” katanya.

Anak dara melayu tayang “LOVEBITE” di Facebook..

Gambar diatas ni gua dapat dalam satu forum.. Katanya, gambar ni milik sorang remaja melayu yang bangga sangat tayang LoveBite dia pada kengkawan..
Gua rasa, orang yang dah kahwin pun agak malu untuk tayang lovebite dia pada umum.. Tapi budak remaja melayu kita tu selamba je nampaknya..

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada remaja sekarang.. Bukan saja dorang dah makin berani, tapi dorang dah makin hilang rasa malu didalam diri masing-masing..

Cuba korang bayangkan, kalau sorang anak dara melayu dah berani tayang LoveBite didalam Fesbuk, apakah dia ada perasaan malu?

So kalau dah tak ada perasaan malu, jangan heran kalau ada budak melayu yang sanggup bunuh bayi sendiri dan campak bayi tu merata-rata..

Sebab tu ramai yang kata.., melayu sekarang makin layu.. Bukan layu kerana tak cukup makan.., tapi layu kerana nak ikut setan!!


Polis Mula Operasi Menjejaki Pesalah Trafik


PETALING JAYA - Ops Cantas Trafik telah dilancarkan secara-besaran dengan pihak polis sedang berusaha menjejaki pesalah trafik di seluruh negara.

Operasi berkenaan bermula di Ipoh, di mana anggota polis trafik dilihat mengetuk setiap pintu rumah dengan membawa dua waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak.

Operasi pertama dijalankan antara pukul 3 hingga 6 petang Khamis.

Dalam Operasi yang dilancarkan di seluruh negara ini, pihak polis juga akan menahan pesalah trafik ini dalam sekatan jalan raya yang akan diadakan mulai minggu hadapan.

“Kami masih menyasarkan pesalah trafik biasa terlebih dahulu,” kata Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff kepada The Star pada Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang kerana pesalah biasa akan diber peluang untuk membayar saman walaupun mereka ditahan.

“Objektif operasi ini ialah mahu pesalah trafik ini membayar saman mereka,” tegasnya.

Mohd Fuad berkata pihak polis telah menyediakan waran tangkap kepada 215,000 pesalah trafik.

“Kami akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk menangkap pemandu yang melanggar undang-undang mulai minggu hadapan.

“Selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu ini akan dibawa ke balai polis sekiranya mereka enggan membayar saman berkenaan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis bersama seorang penjamin,” katanta sambil menambah, pihak polis akan memohon tarikh baru bagi individu yang mahu mencabar kes saman mereka atau memohon agar saman yang lebih rendah dikenakan.

Beliau berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan kelengkapan mereka sebelum sekatan jalan raya diadakan pada minggu hadapan.

“Kami mahu memastikan semua kontinjen polis di setiap negeri bersiap sedia untuk menjalankan operasi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya mengenai aduan awam ekoran kesukaran menyemak saman di portal rasmi polis, Mohd Fuad berkata terdapat beberapa alternatif lain untuk berbuat demikian, antaranya ialah dengan melayari laman webwww.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank “Orang ramai juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik. Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan jumlah pesalah trafik meningkat setiap tahun dan lebih menyedikan apabila mereka tidak membayar saman yang dikeluarkan.

Pada 2008, polis trafik telah menjejaki 96, 000 pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dalam Ops Warta VII namun sehingga ini jumlah berkenaan telah meningkat hingga lebih daripada 1.7 juta.

Pihak polis tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik ini pada satu-satu masa maka mereka menyasarkan lebih 251, 000 pesalah trafik tegar, pemandu kenderaan berta dan penuggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik ini, memaklumkan bahawa waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan, menurut sumber mStar.

Pada masa yang sama, warang tangkap yang telah tamat tempoh turut diperbaharui.

Friday, 22 November 2013

Remaja menggigil dalam mahkamah


KUALA LUMPUR – Seorang remaja menggigil ketakutan semasa dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini Rabu atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun tahun lepas.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid, dia hanya mengangguk apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada dia “okey”.

Dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol gadis itu, iaitu temannya, di rumah sewa ibunya di Putrajaya pada 12.15 tengah hari, 19 Okt 2012.

Remaja itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan Lima, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan meringankan hukumannya, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui yang perbuatannya itu adalah satu kesalahan merogol dan memohon dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Hakim: Kenapa kamu tidak fikir pada masa itu?

Tertuduh: Sebab saya tidak tahu kes itu adalah rogol.

Hakim: Mengenai kejadian rogol ini, kamu tidak menonton televisyen atau membaca akhbar?

Tertuduh: Saya jarang tengok televisyen kerana saya membuat kerja sambilan di restoran selepas waktu sekolah.

“Saya dah bertaubat, ini kesalahan pertama saya. Ia menjadi pengajaran kepada saya. Saya minta maaf,” katanya sambil menangis.

Hakim Emilia kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman, menurut sumber Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Penjelasan wanita dalam video belasah peragut


PETALING JAYA - Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap.

Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita.

Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain,” katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis.

Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis.

“Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi,” katanya.

Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri.

Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah.

Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya.

Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup.

Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya.

Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal.

Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya, menurut sumber mStar.

Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup.

‘Pelajar’, ‘Jururawat’ & ‘Pembantu Rumah’ Dicekup


PETALING JAYA - Polis menahan “pelajar sekolah”, “jururawat” dan “pembantu rumah Perancis” dalam satu serbuan di sebuah pub di Jalan C180/1, Cheras Selatan, yang mana wanitanya memberi layanan kepada pelanggan lelaki dengan berpakaian seragam.

Lapan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) melakukan serbuan dan menahan 21 pelayan pelanggan (GRO) yang memakai pakaian seragam semasa operasi pukul 11.30 malam Rabu.

Pegawai D7 Inspektor Mohammed Jais berkata mereka menahan 20 warga Thailand dan seorang warga Laos yang semuanya memegang pas lawatan sosial di sini.

“Ia satu serbuan yang menarik. Sesetengah wanita memakai pakaian pembantu rumah berwarna hitam dan menghidangkan alkohol.


“Mereka cuba untuk berlari dan bersembunyi di dalam bilik rahsia yang disembunyikan dengan cermin apabila kita membuat serbuan ke dalam.

“Tiga wanita berjaya melarikan diri ketika serbuan itu,” katanya, Khamis.

Inspektor Mohammed berkata pub itu telah beroperasi selama kira-kira lima bulan dan wanita terbabit mengenakan caj RM50 kepada pelanggan untuk bersama mereka yang beruniform selama satu jam, menurut sumber mStar.

“Kami merampas beberapa pakaian seragam, termasuk pakaian anggota polis, pembantu rumah Perancis, jururawat, kelasi dan pakaian murid semasa operasi,” katanya.

Mesti Baca!!! Jadikan Iktibar...



KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.”
Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?”
Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.”
Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!


Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!”
Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!”
jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?”
Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”


Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!”
Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!”
Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.”
Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?”
Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Mohon Bantuan Kewangan





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday, 21 November 2013

Seksi Sangat Ker Gambar Miera Leyana

Mula tahu pasal Miera Leyana Kasmi ini tengahari tadi masa borak dengan iejam kat facebook. Sekali bila search bapak seksi gambar miera leyana ini. Kehkehkeh! ”Iejam, hebat gak ko tau update gosip artis seksi”.


Tak sangka ada jugak maria ozawa Malaysia! Kehkehkeh!


Mau tak berkelip mata duk pandang gambar ini lelama. Kehkehkeh! Baru nak naik dahpun guna cara macam ini. Apapun, sumber mengatakan Miera Leyana ini sudahpun memohon maaf atas kesilapan dia pakai baju seksi hasil rekaan Wan Huzairil.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”


P/s: Time pakai takkan tak rasa sejuk kat tuttt. Kehkehkeh! Takpe nama dah naik so pasni boleh pakai lagik.

Pesta Rogol!!!


Sebuah website nationalreport.net pada 3 November 2013 melaporkan bahawa satu pesta rogol akan diadakan di Assam India.

Berikut adalah terjemahan laporan tersebut.

Madhuban Ahluwalia yang mengetuai perayaan tahunan berkata kepada pemberita, "Ini adalah satu tradisi lama di Assam sejak beribu-ribu tahun," katanya.

"Kami rogol syaitan jahat daripada gadis-gadis, jika tidak mereka akan menipu kita dan kita akan dipaksa untuk membunuh mereka. Oleh itu adalah kewajipan semua orang. "

Tiap-tiap gadis berusia 7-16 yang belum berkahwin mempunyai peluang untuk melarikan diri atau membiarkan diri dirogol.

Pesta Assam bermula pada tahun 43 Sebelum Masihi apabila Baalkrishan Tamil Nadu dirogol oleh orang di kampungnya di Doomdooma. Baalkrishan Tamil Nadu diingati setiap tahun melalui festival ini. Lelaki yang berjaya merogol paling banyak gadis akan diberikan trofi yang bernama "Baalkrishan ".

Harikrishna Majumdar, 24 tahun, memberitahu pemberita bahawa beliau telah berlatih sepanjang tahun untuk acara ini. "Saya akan mendapatkan mangsa rogol paling banyak tahun ini. Saya telah berlatih sepanjang tahun. Saya rogol adik saya dan rakan-rakan beliau setiap hari. Saya akan menjadi superstar rogol nombor satu! Saya pasti akan mendapat hadiah 'Baalkrishan' tahun ini! "

Jaitashri Majumdar, 12 tahun memberitahu pemberita bahawa dia hampir berjaya melalui perayaan tahun lepas tanpa dapat dirogol. Saya hampir sampai ke ' zon bebas rogol ' di pinggir bandar, tetapi pada saat-saat akhir 9 lelaki melompat ke atas saya dan merogol saya. Nasib baik saya sudah pulih sekarang dan dapat mengambil bahagian dalam acara tahun ini, jika tidak, saya akan dihukum mati secara rejam . " - nationalreport.net

Walau bagaimanapun sebuah website lain iaitu manipurupdate.com menafikan kebenaran artikel berkenaan. Dengan bersumberkan Times Of India, penulis website berkenaan melaporkan bahawa Polis Assam memfailkan saman terhadap "nationalreport.net" kerana laporan bertajuk " The Assam Rape Festival In India Begins This Week".

Siasatan akan dikendalikan oleh CID, unit jenayah siber India.

SERIUS - Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)

Ini tragedi yang sangat menyedihkan.

Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Runtuhan tersebut berpunca daripada sistem saliran air yang tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.



Pelajar cemerlang khalwat 2 kali terbongkar


SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, menurut sumber Sinar Harian.

Polis tembak adik kekasih ditahan


SHAH ALAM – Anggota polis yang dilaporkan melepaskan lima das tembakan sehingga mencederakan adik lelaki kekasihnya di Taman Megah, Kajang dekat sini semalam ditahan reman sehingga 25 November ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, anggota yang bertugas dalam kumpulan sokongan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu baharu pernah bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Johor sebelum bertukar ke negeri itu pada 13 Oktober lalu.

Mohd. Shukri memberitahu, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes itu dan ia akan dirujuk pada pejabat pendakwa raya untuk tujuan pendakwaan di mahkamah.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota tersebut dan selepas itu tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya, menurut sumber Kosmo.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, mangsa yang ditembak dilaporkan stabil dan masih di rawat di hospital.

Suami isteri terlepas hukuman mati


KOTA BHARU – Umpama memperoleh nyawa kedua buat sepasang suami isteri apabila terlepas hukuman mati selepas bebas tuduhan mengedar dadah jenis metamphetamine, Ogos lalu.

Namun, nasib pasangan peniaga itu masih belum diketahui apabila berdepan pula tuduhan memiliki dadah jenis sama, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 27, dan Nur Shamimi Rohaimee, 23, didakwa memiliki 42.22 gram dadah itu di sebuah rumah di alamat Kampung Gaung Belukar, Pendek di sini, jam 2.50 pagi, 17 Ogos.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10, jika sabit kesalahan.

Mereka sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, kerana didakwa mengedar dadah tersebut sebelum pertuduhan itu dipinda, semalam, sejurus anggapan mengedar berjaya dipatahkan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari, manakala, mereka tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 November ini, sama dengan tarikh sebutan bagi kes lain yang dihadapi Mohd Khairu Azani membabitkan kesalahan sama.

Pada prosiding semalam, pasangan terbabit mengaku tidak bersalah dan Nur Shamimi dilihat menangis sebelum prosiding bermula, menurut sumber Sinar Harian.

Mereka ditahan polis dalam satu serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Misteri Christine Palace & Villa Nabilla


JOHOR BAHRU – Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai ‘keras’ atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai ‘Villa Nabila’ itu ‘keras’ dan berpenunggu.

“Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

“Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

“Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine,” katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.

“Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

“Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

“Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar,” katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

“Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

“Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak ‘keras’,” katanya.

Bekas rumah Datuk Onn
Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.



Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.

Masih jadi tumpuan umum

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu, menurut sumber Sinar Harian.

“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.