Melaka – Akibat gagal mengawal emosi berkaitan masalah rumah tangga, seorang jurutera menyiram petrol dan membakar diri di depan isterinya di rumah mereka di Taman Sutera, Batu Berendam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, bapa kepada tiga anak berusia 40-an berkenaan mengalami kesan lecur 40 peratus pada muka dan badannya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan P R Gunarajan berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isterinya berusia 40-an di rumah berkenaan pada jam 4 petang. “Berdasarkan maklumat diperoleh, lelaki itu pulang semula ke rumah membawa sebotol petrol dua jam kemudian.
“Dia menyiram petrol itu ke tubuhnya sebelum menyalakan pemetik api dan membakar dirinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang, di sini, semalam.
Menurutnya, isteri mangsa yang bekerja sebagai kerani bergegas mengambil air lalu menyiram tubuh mangsa untuk memadamkan kebakaran berkenaan.
“Wanita itu seterusnya menghubungi polis untuk tindakan lanjut dan mangsa dikejarkan ambulans ke Hospital Melaka (HM),” katanya.
Gunarajan berkata, mangsa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HM dilaporkan masih dalam keadaan tidak stabil.
“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan secara menyeluruh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, pasangan yang berkahwin 20 tahun lalu itu dikatakan sering bertengkar berkaitan masalah keluarga.
Harian Metro difahamkan, pasangan itu menyewa di rumah berkenaan hampir dua tahun lalu dan ketika kejadian, dua anak mereka turut berada di situ.

No comments:
Post a Comment