Thursday 10 October 2013

Akibat ketakutan melarikan diri ke Balai Polis

IPOH – Akibat ketakutan, tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan bertindak melarikan diri ke Balai Polis Buntong selepas kenderaan yang mereka naiki dipecahkan dalam insiden yang berlaku petang semalam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila remaja perempuan berusia 16 tahun bertindak ponteng sekolah dan mengikuti tiga lelaki berkenaan menaiki kereta jenis Proton Iswara di hadapan sekolahnya.

Menurut sumber, guru sekolah pelajar tingkatan empat itu menelefon memberitahu keluarga remaja tersebut yang tidak hadir ke sekolah dan mengikuti kumpulan lelaki terbabit.

“Pakcik pelajar terbabit segera mengesan kereta tersebut dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan berjaya dikesan di Silibin kira-kira jam 1.30 petang sebelum tiga kereta sebuah motosikal mengejar kenderaan tersebut.

“Bahagian cermin hadapan dan tingkap kiri serta kanan kenderaan dipecahkan. Mereka yang ketakutan memecut kereta masuk ke Balai Polis Buntong,” katanya.

Menurutnya, berlaku sedikit kekecohan antara keluarga perempuan dan tiga lelaki terbabit di balai berkenaan hingga menarik perhatian orang ramai.

“Difahamkan seorang daripada tiga lelaki berkenaan dipercayai teman lelaki kepada pelajar perempuan terbabit.

“Sebelum itu, lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan telah memujuk teman wanitanya mencuri tiga bentuk cincin emas dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000.

“Perlakuan itu menyebabkan keluarga remaja terbabit marah sehingga dia (remaja) lari mengikut teman lelaki serta rakan-rakannya, menurut sumber, Sinar Harian.

“Bagaimanapun, barang kemas tersebut dipulangkan dan kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment