Saturday, 28 September 2013

Umur baru 14 tahun, sudah berani rogol kanak-kanak

HULU SELANGOR – Umur mereka baru berusia 14 tahun, namun sudah berani merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun yang juga kenalan mereka.

Dalam kejadian 19 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak hadir ke sekolah kerana difahamkan sudah selesai menjalani peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut sumber, pada hari berkenaan, mangsa pergi ke rumah rakannya di Sungai Buaya sehingga lewat petang. Takut untuk pulang ke rumah, dia tidur di sebuah surau di kawasan perumahan berkenaan.

“Pada keesokan harinya, mangsa mendapati terdapat lapan kanak-kanak lelaki yang juga kenalannya sedang berkumpul berdekatan surau berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian menghampiri mereka sebelum diajak pergi ke sebuah rumah kosong. Ketika berada di dalam rumah berkenaan, seorang daripada kanak-kanak terbabit menutup mata mangsa menggunakan bajunya.

“Manakala dua lagi kanak-kanak membuka bajunya sebelum bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir,” katanya.

Berikutan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama. Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, polis menahan lapan kanak-kanak lelaki termasuk enam berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut.

“Semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

“Mangsa juga dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat koyakan baru pada kemaluan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin mengesahkan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment