Friday, 20 September 2013

Jue Aziz: Sepi Bukan Sebab Sorok Perut


PELAKON Zuliana Abdul Aziz atau Jue Aziz, 30, menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anak angkatnya Darwish Naufal sebenarnya adalah anak kandungnya.
Menjelaskan perkara itu, Jue berkata, “saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?

“Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi Tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai.
Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat,” katanya menerusi laporan Berita Harian, hari ini.

Jue juga menempelak tuduhan orang luar yang mengatakan dia sengaja menyepi dari dunia lakonan kerana sengaja ingin menyorokkan perutnya.

“Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran,” ujarnya panjang lebar.

Diharapkan penjelasan daripada tuan punya badan dapat meleraikan segala keraguan peminat di luar sana berhubung isu tersebut.

No comments:

Post a Comment