Wednesday, 18 September 2013

Bantu suami perkosa anak, 'ustazah' dipenjara lapan tahun


The Star melaporkan hari ini, seorang wanita yang juga guru agama telah dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana bersubahat bersama suami untuk memperkosa anak gadisnya.

Hakim, Chan Jit Li menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah.

Guru berkenaan sebelum ini didakwa bersubahat bersama suaminya untuk memaksa anak gadisnya itu untuk membuka pakaian dan menutup mulut ketika dirogol suaminya itu.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di rumah mereka di pangsapuri Ampang Permai Prima di Ampang Tasik Permai.

Ustazah berusia 35 tahun itu didakwa bersama suaminya pada Julai, 2011 atas kesalahan mempekosa anak gadis mereka

Awal tahun ini, beliau telah dibebaskan daripada dua tuduhan lain bersubahat dengan suaminya untuk merogol anak perempuan mereka tetapi telah diperintahkan untuk kembali semula ke mahkamah bagi pertuduhan ketiga.

No comments:

Post a Comment