Tuesday, 31 December 2013

Lelong Dara Online

Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.



CATARINA

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP

Petua Rawat Resdung


Dagang Piatu PETUA SEMPOI UBATI RESDUNGI Petua Mengubati Resdung Limau Nipis 8 Biji..Daun Pndan 10 Helai Hiris Halus Mcm Bunga Rampai.. Perah Limau Nipis Tadi.. Gaulkan Smpai Sebati.. New Chemical Akan Terbentuk.. Sapu Di Muka.. Kalau Sesuai.. X Sampai 5 Minit Ulat Resdung Akan Keluar Ikut Kulit Muka.. Paling Bnyk Akan Keluar Ikut Kening..Kalau Sangkut Tarik Jeer Ulat Tu.. Sy Dah Buat Ramai Student.. Alhamdulillah Ramai Yg Elok Lepas Tu.. Buat 3 Kali Seminggu.. Elok Antara Jam 10am -3 Ptg Sbb Virus Tu Tgh Aktif.. Campuran Lebih Blh Simpan Dlm Peti Ais..Tp X Se Efective Yg Fresh.. Elok Letak Kain Hitam Atas Peha Masa Sapu Sbb Ulat Ni Attacted To Black Cloth... Kain Hitam Pe.. Jgn Guna Tudung Ariani Org Umah..!! Mau X Br Ckp Sebulan..!! 

Monday, 30 December 2013

Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri


KAHERAH: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas.

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir.

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir.

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati.

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:

بالفيديو.. "الشرقاوى": مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد - جريدة الشعب الجديد - http://elshaab.org/thread.php?ID=89745

Saturday, 28 December 2013

Maut jatuh tingkat 9!!!


KUALA LUMPUR - Pengunjung pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Imbi gempar dikejutkan insiden seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 9 pusat membeli belah itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainudddin Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam menyebabkan mangsa parah.

“Remaja berusia 24 tahun dari Seri Kembangan itu dikatakan terjun dari tingkat sembilan sebelum jatuh di tingkat bawah pusat beli-belah. Mangsa mati di tempat kejadian,”katanya.

Menurutnya, tiada rakaman.CCTV di situ, siasatan awal juga mendapati tiada rekod dan unsur jenayah pada mangsa.

Punca kejadian masih disiasat dan beliau mengesahkan kejadian sebagai kematian mengejut.


Sumber: Sinar Harian

Thursday, 26 December 2013

Perhatian!!! Gadis Hilang Dicari...

Assalamualaikum… PERHATIAN!!!!! Mohon bantuan dan kerjasama semua rakan-rakan untuk membantu sahabat kita mencari adik saudaranya yang hilang/diculik pada 24.12.13 jam 2 am di kawasan sekitar Bertam / Kepala Batas, Pulau Pinang. Mohon kerjasama semua rakan-rakan dapat membantunya dengan menyebarkan berita kehilangan ini sebaik mungkin. Maklumat lengkap :- - Nama penuh : Siti Nur Syamira Bt. Ariffin - Umur : 16 tahun. - Tinggi : 1.60 meter. - Berkulit putih, berambut hitam perang. - No untuk dihubungi :- 1) Pn. Siti Hajar : 017-4610974 2) En. Ariffin : 012-4788471 3) Jamil Jalil : 019-7022647




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 25 December 2013

Video Kena Tetak Tanpa Belas Kasihan


Video Samseng Kena Tembak!!!


Gambar kesan tetakan berkali-kali sampai mati kumpulan gangster di Puchong

Sebelum ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu video kejam kumpulan gangster secara beramai-ramai menetak dengan parang seorang lelaki India sehingga mati.



Kini, tersebar pula gambar ngeri didakwa mayat lelaki tersebut yang menunjukkan kesan tetakan di seluruh anggota badan beliau.



Sumber Gambar: Daily Traffic Report (DTR Group)
Sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 23 Mac 2013. Ikuti berita penuh dibawah:

SUBANG JAYA - Seorang pemilik kedai runcit maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai R Thangavellu, 25, maut di tempat kejadian selepas cedera parah ditetak.

Dalam kejadian sama juga seorang penjual burger dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berada berhampiran kedai runcit turut cedera parah ditetak oleh kumpulan yang sama.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, penyerang terdiri daripada lapan lelaki bertopeng ski menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.

Menurutnya setakat ini siasatan kejadian menjurus ke arah perselisihan faham dan dendam.

“Terdapat tetakan pada bahagian sebelah kanan kepala yang menjadi punca kematian mangsa,” katanya.

Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di Batu 18 Puchong dan menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu.

Menurut Yahya tiga yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Serdang.

“Ke semua suspek menggunakan parang untuk menyerang dan mereka sedang dikenal pasti polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, anaknya itu pernah memberitahu ada pergaduhan berlaku di kedainya minggu lalu dan laporan polis juga telah dibuat.

Jelas Paniselvam, dia percaya kejadian pembunuhan anaknya itu didalangi oleh suspek yang sama yang terlibat dalam pergaduhan sebelum ini. (12/4/2013 - Bernama)

*Berlaku sebelum ops cantas digerakkan, mungkin ramai dah gang ni kena cantas PDRM

Video - Fenomena Aneh Di Lahat Datu


Tuesday, 24 December 2013

Rawang Banjir Kilat

SHAH ALAM 24 DIS: Ribuan penduduk di sekitar Rawang dekat sini hari ini terkandas akibat banjir kilat, terutama berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang, hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah itu melimpah ke kawasan sekitar.

“Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kejadian yang berlaku ketika orang ramai mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan lain.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

- BERNAMA

Gambar : Sumber – Facebook





Kanak-kanak Nakal


Satu lagi rakaman fenomena puting beliung di Bali.

Rakaman video fenomena puting beliung di Bali, Indonesia. 




GAMBAR HELIKOPTER NURI TERHEMPAS DI PULAU PERAK KEDAH


Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah.

Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.

Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan.

Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Video letupan bom di Thailand


Friday, 20 December 2013

Inilah Dia Cacing Paling Besar Di Dunia!


Cacing gergasi Gippsland, Megascolides australis, adalah salah satu spesies 1,000 cacing asli Australia. Ini cacing tanah Giant purata 1 meter (3 kaki) panjang dan 2 cm (1 inci) diameter dan boleh mencapai 3 m panjang. Mereka mempunyai kepala gelap ungu dan badan biru-kelabu.

Mereka hidup dalam tanah bawah biru, kelabu atau tanah liat tanah merah sepanjang tebing sungai dan beberapa selatan atau barat menghadap bukit habitat baki mereka yang di Gippsland di Victoria, Australia.

Ini cacing hidup dalam sistem lubang dalam dan memerlukan air di dalam persekitaran mereka untuk bernafas. Ini cacing jarang meninggalkan lubang lembap mereka. Mereka mempunyai jangka hayat yang agak lama untuk invertebrata dan boleh mengambil masa selama 5 tahun untuk mencapai kematangan. Mereka membiak di dalam bulan-bulan yang lebih panas dan menghasilkan kokon telur besar yang dibentangkan di dalam lubang mereka. Apabila cacing menetas dalam tempoh 12 bulan mereka sudah 20 cm panjang.

Tidak seperti cacing tanah yang paling tuangan deposit pada permukaan, mereka menghabiskan hampir semua masa mereka di dalam lubang dan deposit tuangan mereka di sana. Pergerakan mereka melalui lubang bawah tanah boleh menyebabkan bunyi yang boleh didengar gurgling atau menghisap yang membolehkan mereka untuk dikesan.

Terletak berhampiran bandar Bass adalah Muzium cacing tanah Giant. Bangunan ini membolehkan pelancong untuk merangkak melalui replika besar lubang cacing dan perut cacing simulasi. Memaparkan dan bahan pendidikan mengenai cacing tanah Gippsland Giant dan sejarah semulajadi lain Gippsland dipaparkan.





Kucing Temui Semula Tuannya Setelah Berjalan Sejauh 3218 KM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bila sebut tentang haiwan yang setia mesti korang masih ingat tentang kisah di mana ada seekor anjing yang setia di mana anjing yang bernama Hachiko yang setia menunggu tuannya walaupun hakikat sebenar tuannya telah pun meninggal dunia. Dan kisah menarik ini juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem.

Kali ini diceritakan pula tentang seekor kucing yang setia untuk mencari tuannya..


Inilah Si Karim, Kucing Yang Setia Mencari Rumah Majikannya Hingga Menempuh 3218 KM

Seekor kucing berjalan 3218 kilometer untuk mencari majikannya setelah majikannya pindah rumah tanpa si kucing dari Uzbekistan ke Rusia. Dua tahun kemudian, kucing tersebut berjaya menemui rumah majikannya di Rusia.

Ravila Hairova, 52 tahun, memutuskan meninggalkan kucing hitam peliharaannya bernama Karim kepada jirannya di Gulistan, Uzbekistan. Hairova pun meninggalkan kerusi kesayangan Karim dan piring makanan Karim agar Karim merasa seperti di rumah. Akan tetapi, dua tahun kemudian, Hairova menemui Karim di pintu rumahnya di Liska, Rusia.

“Saya tahu dia hilang dari rumah tetangga saya beberapa hari setelah kami pergi. Dan itu sangat menyedihkan. Tetapi, setelah itu kami tidak pernah mendengar khabar mengenainya lagi,” ujar Hairova. “Lalu ketika saya berjalan di jalanan, saya melihat kucing yang sepertinya menunggu saya. Ketika saya mendekat, ternyata kucing itu adalah Karim yang berada dalam keadaan kurus serta menyedihkan. Tetapi itu memang benar dia,” ujar Hairova.

“Dia saat ini sangat senang, begitu juga dengan kami. Saya tidak tahu bagaimana ia menemui kami. Tetapi saya gembira ia berjaya menemui kami,” tambahnya.

Laut Ke-4 Terbesar Dunia Hampir Ghaib

Laut Aral terletak di antara Kazakhstan dan Uzbekistan, dan ia pernah memegang gelaran laut ke-4 terbesar di dunia. Kebanyakan orang hari ini tidak pernah mendengarnya.


Lautan berkeluasan 68,000 kilometer persegi ini pernah menjadi lokasi industri perikanan yang berkembang maju, kini merupakan laut yang hanya 10% daripada saiz asal, terlalu masin dan tercemar untuk menyokong kehidupan ikan dan haiwan-haiwan air yang lain.


Kini 90% airnya telah kering dan menjadikan kawasan itu seperti gurun padang pasir yang tandus.



Kematian Laut Aral disebabkan terutamanya oleh peralihan daripada pemasukan sungai Amu Dar’ya dan Syr Dar’ya pada tahun 1960 untuk menyediakan air pengairan untuk tanah pertanian tempatan.


Aliran air secara mendadak ini mengurangkan aliran sungai, menyebabkan Laut Aral mengecut sebanyak lebih daripada 50%, kehilangan dua pertiga daripada jumlah itu, dan sangat meningkatkan tahap kemasinannya. Pada kadar semasa penurunan, Laut Aral mempunyai potensi untuk hilang sepenuhnya menjelang 2020!

Kini yang tinggal adalah padang pasir yang tandus, dengan kapal-kapal besar terdampar di atasnya…












sumber: billyinfo.blogspot.com

Lambang Aneh Didasar Laut!!!


Penemuan formasi Crop Circle aneh di dasar laut yang menjadi misteri akhirnya terjawab.Orang yang menemuinnya namanya Yoji Ookata. beliau telah mendokumentasikan aktivitinya selama 50 thn. Ketika menemui penemuan ini, dia lantas menghubungi NHK dan jurukamera untuk mengabadikan penemuan ini.

Crop Circle ini berada di kedalaman 80 kaki, percayakah anda, yang membuatnya adalah seekor ikan. Ikan yang ditemui dalam keadaan suram dan tengah melakukan crop circle. Dan tujuannya membina Crop Circle adalah untuk menarik perhatian ikan jantan kerana ikan jantan tertarik akan bentuk gelombang berbukit dari pasir.





sumber: dairishare.blogspot.com