Tuesday, 10 July 2018

11 tips untuk memilih DURIAN



Dari pengalaman admin ketika terkena tipu dengan penjual durian...
Admin mmg hantu makan durian sejak dr kecik lg... Pertama kali kena tipu masa umur 12th... Beli sebiji rm50... Waktu tu th 1994... Mahai gila baq hang... Kena tipu pasal kita nie masa tu budak2... Balik rumah kena hamput la dgn Abah admin... huhuhu...

Dan last skali kena tipu masa balik kampung mak mertua... Beli 2 bijik rm95... Depa kata isi elok...Kalu xelok boleh mai tukaq... Admin bg taw la kami nk balik Penang dah... Pilih mai la hat elok punya... Dia ketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat Admin isi durian yang dia baru pilih tadi...Tanpa banyak soal, admin angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, admin terus bagi duit..... Xsabaq aihhh nk sampai penang nie... 'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas, dok bau dah harum semerbak... Itulah yang terbayang dalam otak admin masa otw balik.

Sampai saja rumah admin terus ambik parang kontot untuk bukak durian... dengan penuh semangat admin bukak durian... tiba-tiba... hampehhh...bayangan tadi hanya tinggal bayangan... isi satu pangsa saja boleh makan... hat lain semua xelok... berlubang sana-sini... byk ulat pulak tu... ok... xpa... ada lg sebijik lg harapan... dannnn... lepas bukak lg sebijik ingatkan elok la... rupanya sama saja mcm yg awal td... satu pangsa saja boleh makan... tu pun dah berair skit... mmg trauma...

Sampai lah satu hari tu admin google tips nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang admin beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Admin cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

Nah, admin akan kongsikan 11 tips untuk memilih durian. Admin berani jamin tips ni buat Hangpa puaih hati.

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong. Durian bujur kebiasannya isinya sedikit sahaja. Durian berbentuk lonjong pula isinya lebih manis dan sedap.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan. Kenapa pilih yang ringan? Sebab, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair , busuk atau sudah tidak elok.

3. Tangkai.
Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu. Nak tahu isi tebal atau tidak?? Korang cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi dalamnya juga tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak, korang tengok dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning. Tapi awas! Ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning. Jadi korang kena pandai pilih tau !

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk. Korang pukul dan pastikan ia berbunyi “ bluk-bluk” bergema. Itu untuk memastikan durian itu sudah matang atau tidak. Nak tahu durian itu matang atau tidak, korang ketuk dan dengar pula bunyinya seperti “plek-plek”, Haaa itu bermaksud durian masih belum matang.

5. Goncangkan

korang letak kedua tapak tangan pada buah durian , pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika korang dapat merasakan getaran kecil, ia bermakna isi durian itu matang dan kering. Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian , manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Ini tips untuk memilih isi durian yang berkualiti.

6. Duri.
Kenapa dengan duri? Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat.

7. Bau.
Senang sahaja, durian yang berbau kuat, kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. Jadi nak pilih durian, kena bau dulu tau! Kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. Bila masuk angin, isi akan jadi tawar hambar.

8. Juring/pangsa.
Apa itu juring/pangsa? Korang lihat dari permukaan kulit durian, ia kelihatan garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang dideal dan elok, ada 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding durian lain yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

9. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

10. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

11. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
.
.
Harap hangpa boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ya

la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

No comments:

Post a Comment