Dunia di kejutkan dengan kematian bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon. Berita kematian beliau di sambut gembira di seluruh dunia oleh umat Islam terutamanya. Beliau sangat terkenal dengan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan negara Palestin. Antara kekejaman yang tidak mungkin akan di lupakan oleh rakyat Palestin dan umat islam di seluruh dunia adalah kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Beliau juga bertanggungjawab di atas perginya Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan Ketua Tertinggi HAMAS dengan menyerang beliau yang tidak mempunyai senjata menggunakan helikopter. Syeikh Ahmad Yassin merupakan pejuang yang sentiasa membangkitkan semangat Jihad tentera-tentera HAMAS dan juga rakyat Palestin.
Antara kata-kata Ariel Sharon yang melambangkan kekejaman beliau:
“Saya tidak tahu ada yang namanya prinsip-prinsip internasional. Saya bersumpah, akan saya bakar setiap anak yang dilahirkan di daerah ini. Perempuan dan anak-anak Palestina lebih berbahaya dibandingkan para pria dewasa, sebab keberadaan anak-anak Palestina menunjukkan bahwa generasi itu akan berlanjut. … Saya bersumpah, jika saya sebagai seorang Israel bertemu dengan seorang Palestina, maka saya akan bakar dia. Dan saya akan membuatnya menderita sebelum membunuhnya. Dengan satu pukulan saya pernah membunuh 750 orang Palestina (di Rafah tahun 1956). Saya ingin menyemangati prajurit saya agar memperkosa gadis-gadis Arab, karena perempuan Palestina adalah budak untuk Yahudi dan kami dapat berbuat apa saja yang kami inginkan kepadanya. Tidak ada yang boleh menyuruh kami apa yang harus kami lakukan, justru kami yang memerintah mereka apa yang harus mereka lakukan.” [Ariel Sharon, 1956]
Semoga dengan kematian Ariel Sharon dalam keadaan yang sadis ini dapat menyedarkan yahudi zionis yang masih lagi mengganas sekarang untuk sedar dan membangkitkan lagi semangat juang pejuang-pejuang islam di Palestin yang berjuang mempertahankan Akidah dan Syiar Islam di sana. Bersabarlah wahai saudara-saudaraku, dan yakinlah dengan janji-janji Allah seperti firman-Nya:
“Maka bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, dan janganlah sekali-kali orang yang tidak meyakini ayat-ayat Allah itu berhasil menakut-nakuti kamu.” (QS. Ar Ruum 60)
————————————————————————————————————————
(Ihsan Sinar Harian – 11 Januari 2014)
TEL AVIV – ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan meninggal dunia hari ini.
Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar.
Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.
(Ihsan Harakahdaily – 12 Januari 2014)
BAITULMAQDIS: Selepas mengalami koma panjang selama lapan tahun, bekas Perdana Menteri regim Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv pada usia 85 tahun.
Agensi berita AFP yang memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagaimanapun melaporkan, tiada pengesahan dari Hospitam Sheba, tempat Sharon dirawat tentang kematian bekas pemimpin entiti Israel itu namun seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan).
Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok.
Keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan.
No comments:
Post a Comment