Friday 13 September 2013

Kanak-kanak 2 tahun maut dirempuh kereta ayahnya


IPOH, 12 September - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.

Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar. -










# Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah #

No comments:

Post a Comment