Pengetahuan mengenai bahaya JEREBU
Ramai tidak faham apa dia jerebu dan kesannya kepada kepada kesihatan. Tulisan ini cuba menjelaskannya. Disusun oleh Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali. (Al-Fatihah buat beliau)
Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3, PM10, SOx dan NOx.
Apa kaitan jerebu dengan manusia? Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Apa yang menyumbang kepada jerebu?
1. Pembakaran secara terbuka
2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!
Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.
Golongan yang berisiko tinggi -menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998):
1.Kanak-kanak dan bayi
2.Orang tua
3.Golongan berpenyakit seperti:
- Asma
- Bronkitis
- Radang paru-paru
- Penyakit paru-paru yang kronik
- Penyakit jantung
- Alahan
4.Perokok
5.Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah
Apakah kesan kesihatan kepada manusia
- Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
- Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
- Kepala berasa berat dan sakit
- Dada ketat dan terasa sesak
- Letih yang berlebihan dari biasa
- Ketidak stabilan emosi
- Gangguan kepada hormone terutama wanita
- Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
- Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk
Partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:
- Kematian bayi dalam kandungan
- Masalah pernafasan
- Asma yang kritikel
- Bronkitis yang kronik
- Kerosakan paru-paru
Menurut EPA ( Unit Pencemaran Udara USA ) (1992)
Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia
Indeks Pencemaran Udara | ||
Dari | Hingga | Keputusan |
0 | 50 | Sihat |
51 | 100 | Sederhana |
101 | 200 | Tidak sihat |
201 | 300 | Sangat tidak sihat |
>300 | Berbahaya |
Sumber: JAS 1997
Apa yang perlu anda lakukan
- Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
- Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
- Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
- Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
- Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
- Selain itu, anda boleh lakukan perkara berikut
- Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
- Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
- Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
- Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
- Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
- Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
- Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
- Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
- Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
- Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
- Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
- Pengharaman pembakaran secara terbuka
- Kawalan lebih ketat kepada industri.
- Mengurangkan waktu persekolahan .
- Mengurangkan masa bekerja
- Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
- Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
- Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
- Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara
---------------------
Penulis pernah menjadi Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat & meninggal dunia pada 17 Julai 2011. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
No comments:
Post a Comment