Thursday 24 October 2013

Pegawai bank mati ditembak di kepala


SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang. Mangsa adalah seorang ibu yang mempunyai anak berusia 8thn & 12thn.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun pada hari kejadian suspek menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Pihak polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan yang digunakan disyaki adalah palsu kerana tiada dalam rekod"

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang melalui pintu depan dengan menaiki sebuah motosikal. Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dibawah maklumat serta gambar suspek

Nama Suspek - Ardi bin Hamza
Umur - 36 tahun




No comments:

Post a Comment