Tuesday, 8 October 2013

Datuk Siti Nurhaliza Mengandung???

Khabar angin, ibarat angin yang bertiup perkhabaran itu sekejap datang dan sekejap hilang dibawa angin. Begitulah juga dengan gosip yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza sudah berbadan dua.
Ini semua gara-gara perut Datuk Siti Nurhaliza yang kelihatan agak berisi sedikit berbanding biasa sewaktu Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Malam Transformasi Bersama Rakyat.
Ini jawapan Datuk Siti Nurhaliza bila dikatakan Datuk Siti Nurhaliza mengandung,

@siti_nur11: Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha
Nampaknya peminat memang tidak sabar-sabar menunggu bila agaknya Datuk Siti Nurhaliza akan mengandung, Datuk K pon lagi tak sabar agaknya. Kami mendoakan hanya yang terbaik buat Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K.

No comments:

Post a Comment