Pages

Wednesday, 5 February 2014

Mayat Terputus Kepala Dijumpai Tergantung Didalam Hutan

Sekujur mayat yang telah reput dijumpai didalam hutan simpan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 5.00 petang. Mayat yang masih lengkap berpakaian berseluar hitam, berbaju kelabu dan sepasang selipar ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan kepala terpisah dari tubuh badan. Mayat yang masih belum dapat dikenalpasti identiti ini dipercayai telah membunuh diri dengan melilitkan akar kayu dileher pada ketinggian 2 meter. Mangsa dipercayai telah mati lebih kurang 1 bulan. Siasatan masih dijalankan. Bagi sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan sejak sebulan yang lalu diminta tampil dibalai polis berdekatan untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment