Friday 1 November 2013

Pembunuh Ambank Ardi Hamza Sudah Berjaya Lari Ke Indonesia ?

SEMENJAK Alahyarhamah Norazita Abu Talib meninggal dunia akibat ditembak di kepala pada 24 Oktober lepas, hari ini sudah masuk hari ketujuh suspek yang menembaknya masih belum ditahan dan masih dalam buruan pihak polis.

Dalam operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi itu, kira-kira 11 orang sudah ditahan bagi membantu mengesannya dan polis mengeluarkan kenyataan yakin dia masih berada dalam negara.

Polis juga sudah mengesahkan suspek sebenarnya merupakan seorang warga negara Indonesia yang menggunakan Mykad palsu untuk berkerja sebagai pengawal keselamatan.

Memetik laporan Bernama Selasa lepas, pihak polis memberitahu tangkapan terbaru dalam gerakan memburu Ardi dibuat di Johor namun polis enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah, penangkapan dibuat bagi tujuan membantu siasatan untuk mengenalpasti di mana lokasi suspek berada.

Persoalan yang timbul sekarang ialah jika tangkapan dilakukan di Johor, adakah kemungkinan suspek, si Ardi sudah pun terlepas dan bolos balik ke Indonesia?

Ini kerana diketahui umum Johor merupakan antara pintu keluar masuk utama kemasukan rakyat Indonesia secara haram.

Antaranya ialah Jeti Kukup di daerah Pontian yang dikatakan sering menjadi tempat kemasukan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia kerana kewujudan banyak hutan paya bakau yang memudahkan mereka menyembunyikan diri.

Adakah suspek yang ditahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seorang tekong?

Jika seorang tekong yang membantu pendatang haram, adakah pihak polis sudah memulakan gerakan memburu suspek dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi memburu suspek ganas dan berbahaya itu.

Jenayah berlaku di Lembah Kelang oleh seorang pendatang asing tetapi penahanan terpaksa dilakukan sehingga di Johor…

Apakah Ardi seorang yang begitu profesional dalam mengatur jejak langkahnya? Apakah dia telah mengatur semuanya dengan bagitu rapi?

Andai kalau Ardi terlepas ke Indonesia pun, bukanlah salah pasukan polis kita kerana pintu keluar dan masuk haram di negara ini terlalu banyak. Keluasan sempadan air Malaysia terlalu panjang untuk dikawal sepenuhnya sepanjang masa.

Identiti sebenar Ardi pun diketahu lepas beberapa hari, memberikan masa yang secukupnya kepada penjenayah itu untuk mengambil kesempatan lati keluar dari negara ini.

Namun, semua itu sekadar andaian sehaja. Kalau dia terlepas pun, mungkin boleh mohon bantuan polis Indonesia untuk mengesannya. Kalau dia ada dalam negara, Insya’Allah tak lama lagi dapat la tu… mungkin hiduo mungkin mati…

Ardi melarikan pump gun bersama….bermakna dia sangat merbahaya…

Sementara itu, sebuah kedai emas di Setapak pula dirompak oleh pengawal keselamatan peribadi kedai itu sendiri dan suspek turut bersenjata.

Secara kebetulan, perompak kes kedai emas juga dipercayai berasa dari Sabah dan turut menggunakan Mykad palsu.

Sehingga kini, rakaman kamera litar tertutup kedai emas berkenaan masih tidak didedahkan pihak polis adakah ia melibatkan suspek yang sama atau tidak.

Di sana sini, masyarakat diselubungi rasa bimbang ekoran Ardi masih lagi bebas biarpun pihak polis sudah pun menahan isterinya bagi membantu siasatan dan juga beberapa individu lain.

Kita berharap kes pembunuhan dan rompakan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya akan selesai segera dan suspeknya dihadapkan ke muka pengadilan.

[ULASAN SUARA]

Mat indon bukan bodoh, nampak tak dia berjaya ambil kesempatan di atas kelemahan sistem keselamatan kita? Mungkin dia sudah merancang tempoh masa yang lama nak rompak bank dan membunuh. Buat kerja biar berbaloi, sebab kerja ini adalah antara mati dan hidup.

Nampak isu ini kecil sahaja. Tetapi jika dikaji balik impaknya cukup besar. Cuba anda pergi ke Thailand ataupun ke Indonesia. Beranikah buat kerja seperti ini?

Dia masuk Malaysia mudah saja beli i/c, siap boleh kerja, Fuh! Nasib baik tak kerja di bank negara. Tapi rasanya dia sudah berlepas ke Indonesia. Jika dengan menaiki bot pancung hanya 1 jam sahaja sudah sampai ke Indonesia.

Mungkin juga dia sudah berjoli sakan dekat disko dangdut bersama inol goyang gerudi atau sama dewi presik bergoyang susu pak. Ha! Ha!

Tapi apa yang pelik ialah apabila PDRM mengatakan dia hanyalah pegawal yang mengantikan rakan dia yang tidak bertugas pada hari itu.?

Punca Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan


“SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!” tegas penyampai radio popular, Hot FM, Faizal Ismail, berhubung isu letak jawatan pada 24 Oktober lalu, menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi sidang media semalam, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu.

“Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

“Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.

“Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu,” katanya yang masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini.

Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas.

“Saya masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, saya akan sambung secara ‘part time’ sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad.

“Pada 24 Oktober lalu, notis peletakan jawatan itu, namun saya perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh stesen radio.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, mereka menerima permohonan saya,” katanya yang menggalas tugas sebagai penyampai radio berkenaan hampir tujuh tahun.

……………..

SH : Sukar urus masa

Baru sahaja menubuhkan syarikat miliknya, FBI Entertainment Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu, akui Faizal, agak sukar untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa.

“Pada awalnya, saya cuba untuk bahagi masa sebaik mungkin untuk urus syarikat dan kerjaya. Namun, saya gagal beri komitmen yang baik untuk kedua-duanya.

“Jadi, saya perlu korbankan karier saya. Walaupun berat hati, saya terpaksa demi masa depan keluarga. Sejujurnya, saya memang sayangkan karier ini kerana saya bermula dari bawah dan melalui peringkat demi peringkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

“Namun, sampai bila saya mahu berada di konti? Saya percaya, populariti kini tidak jamin (kekal populariti) untuk lima tahun yang akan datang. Saya tidak mahu terus terperangkap dalam kepompong ini sehingga sukar untuk pilih cabang lain,” katanya yang menghargai setiap pengalaman yang diperoleh bersama radio itu.

Katanya, selama 15 tahun dalam bidang ini, dia berhasrat untuk melakukan perubahan dalam perjalanan kariernya.

“Saya tidak boleh sentiasa berada di zon selesa kerana sampai pada satu tahap, kita memerlukan pembaharuan.

“Saya perlu cuba bidang lain dan mencabar diri saya untuk urus perniagaan,” katanya yang pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP).

Tambah Faizal, walaupun syarikatnya masih baru, tetapi ia menunjukkan perkembangan membanggakan.

“Alhamdulillah, ada dalam kalangan rakan saya bersedia untuk bekerja bersama dan mereka menunjukkan komitmen yang baik.

“Menerusi syarikat itu, kami akan terlibat dalam pengurusan majlis, produksi televisyen. Malah, saya juga berhasrat untuk kembangkannya sebagai platform untuk penghasilan drama,” katanya yang masih lagi terlibat dengan program pengacaraan televisyen.

Tiada pengganti?

Menurut Pengarah Rangkaian Hot FM, Seelan Paul, mengakui peletakan jawatan Faizal adalah satu kehilangan besar buat radio itu.

Katanya, populariti Faizal sepanjang berada di radio itu banyak memberi keuntungan dan kepentingan kepada syarikat.

“Faizal adalah salah seorang penyampai radio yang memainkan peranan penting dalam peningkatan rating pendengar. Malah, ia adalah satu kehilangan besar buat kami, menurut sumber Sinar Harian.

“Mana tidaknya, sehingga kini, dia mempunyai kelompok peminat tersendiri termasuk 500,000 pengikut di laman sosial.

“Malah, sehingga kini, kami masih tidak jumpa pengganti yang layak untuk menggantikan Faizal. Mungkin kami akan ambil masa selama sebulan dua untuk mencarinya. Sepanjang ketiadaan Faizal, AG dan Fara Fauzana akan menggantikannya,” katanya lagi.

Flat Kampung Kerinchi terbakar


KUALA LUMPUR - Bangunan flat PKNS di Kampung Kerinchi, dilaporkan terbakar petang tadi dan pihak Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke tempat kejadian sekitar jam 5 petang.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Azahar Yaacob yang kini berada di lokasi kejadian, kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah di tingkat 17 flat berkenaan.

“Kami menerima panggilan sekitar jam 4.40 petang dimana pihak bomba dan sukarela sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian ini. Susulan maklumat akan dimaklumkan kemudian,” kata Azahar.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kecedaraan dilaporkan, menurut sumber Awani.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Hamid Daud turut memberitahu bahawa setakat ini, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini telah berjaya dikeluarkan.

Lagi Kes Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak!.. Juga guna Kad Pengenalan palsu.

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkansuspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..


Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah ~ mStar

Gadis Hilang Sejak Ramadhan

admin ada terima mesej seperti mana di bawah.... khidmat masyarakat

Assalammualaikum pada semua...ingin bantuan dan kerjasama dari semua pihak supaya dpt membntu seandainyaa ada terlihat gadis di seperti mana gambar tersebut yg bernama KHAIRUNNISA berumur 18 tahun agar dpt menghubungi no yg saya sediakn...telah menghilangkn diri sejak ramadan yg lalu hingga skrg..pelbagai usaha telah dilakukn tetapi tidak berhasil..

pihak polis juga tidak dpt membntu disbbkn usianya yg sudah cukup umur..harap kerjasama dr semua pihak.. yg mengetahui dimana atau pernah terlihat..

kami dah p tv3 tp ta dilayan..

Norizan:012 2358971
Rosiah:017 2892432





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)