Thursday 1 August 2013

Warga emas dicekup di rumah urut


SUBANG JAYA – Tidak padan dengan usia mereka yang sudah layak bergelar datuk, tiga lelaki lingkungan umur 50 hingga 60 tahun leka mendapatkan khidmat urutan batin di sebuah rumah urut di SS15, dekat sini.

Aktiviti tidak bermoral terbabit bagaimanapun terbantut apabila Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Ketika diserbu, pengunjung tua berkenaan sedang leka diurut dalam keadaan berbogel oleh tukang urut warga China berusia lingkungan 30-an.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan pihaknya kemudian melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke rumah urut berkenaan.

Menurutnya, premis didapati mempunyai lesen sah daripada pihak majlis bagi menjalankan perniagaan bekam namun pengusaha melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Katanya, pengusaha premis menawarkan khidmat seks dan urutan batin kepada pelanggan.

“Sebaik diserbu, anggota mendapati beberapa pelanggan sedang berbogel dan kesemua mereka berlari untuk memakai pakaian semula,” katanya.

Beliau berkata, majlis merampas peralatan urut dan menutup premis di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan pusat urut berkenaan didapati cuba menimbulkan kekecohan dengan bertindak memarahi pegawai MPSJ yang mengambil tindakan.

Kekecohan itu kemudian beransur reda apabila anggota penguat kuasa dan penjaga premis cuba menenangkan pelanggan berkenaan. Operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 16 anggota.

Lelaki takut dimarahi isteri selepas ditahan


KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

“Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

“Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

“Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah,” katanya. -Sh

Suami tergamak rogol gadis lembam depan isteri

Banting – Seorang lelaki tergamak merogol gadis lembam berusia 19 tahun di depan isterinya dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata suspek berusia 24 tahun itu adalah adik angkat ibu mangsa dan dikatakan kerap mengunjungi rumah berkenaan.
“Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya menghadiri kuliah di Shah Alam.
“Menyedari mangsa bersendirian, suspek menolak mangsa ke sofa di ruang tamu dan merogol mangsa di depan isterinya,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.
Nordin berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Banting sejurus dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian itu.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.
“Suspek ditahan di pondok pengawal di sebuah pusat latihan awam di Morib kelmarin manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya . BH

Pengantin Dari Thailand Sedang Berbulan Madu Mati Dipanah Petir

Pengantin Dari Thailand Sedang Berbulan Madu Mati Dipanah Petir
Pengantin Dari Thailand Sedang Berbulan Madu Mati Dipanah Petir - ARIZONA, Amerika Syarikat : Sepasang kekasih dari Thailand yang baharu berkahwin menemui ajal akibat dipanah petir semasa mereka berbulan madu di ngarai Grand Canyon, kata sepupu pengantin lelaki.
Aram Kawewong dan isterinya, Ratchaya Tantranon terkorban pada 23 Julai lalu dekat lokasi meninjau LeFevre Scenic Overlook di sini.
Jeralynn Kozak dari Florida yang merupakan sepupu kepada Kawewong berkata, pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Julai lalu.
Menurutnya, pasangan pengantin baharu itu sedang melawat ngarai Grand Canyon apabila dipanah petir semasa cuaca cerah dan langit biru.
Satu kenyataan daripada Pejabat Sheriff Daerah Coconino memberitahu bahawa pasangan itu berusia 20 tahun dan berasal dari Chiang Mai, utara Thailand.
“Kami berasa sangat sedih dan tertekan,” kata Kozak yang menjelaskan bahawa mayat kedua-dua mangsa akan dihantar pulang ke Thailand untuk disemadikan.
Panahan petir itu turut mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun bernama John Wade Young yang berasal dari Tyler, Texas. – Agensi

LAGI BUKTI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W


Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:

"والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى"

“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”

(HR. Muslim no. 287)

Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.

Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).

Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!

Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak kerana bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini!
 — with Ahbabul Mustofa.