Pages

Saturday, 5 October 2013

Anak penjaga gol utama Johor DT, meninggal dunia.

Al-Fatihah - Anak penjaga gol utama Johor DT, Muhammad Al-Hafiz meninggal dunia

Gambar bayi ketika dalam raw atan di ICU Hosptail Sultanah Aminah


JOHOR BAHRU - Anak sulung penjaga gol utama Johor Darul Takzim (JDT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah,2, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.

Ekoran daripada itu, Pengendali Johor DT, Azmi Mohamed krtika dihibungi berkata, Muhammad Al-Hafiz tidak akan diturunkan pada perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV. Posisinya akan digantikan dengan penjaga gol kedua, Mohd. Zamir Selamat.

"Kami mengucapkan takziah atas pemergian anak beliau dan diharapkan hal ini tidak
akan menjejaskan rentak para pemain Harimau Selatan yang lain dan memberi fokus
dan komitmen yang tinggi pada perlawanan penting ini," katanya.-Kosmo!

#Takziah kepada keluarga beliau

No comments:

Post a Comment