Sunday 16 June 2013

Gempar!!! Superman Sudah Insaf!!!



Akhirnya Superman insaf jua. Setelah sekian lama beliau mengaibkan diri beliau dengan memakai seluar dalam di luar seolah-olah orang tidak siuman. Memalukan bila kaum hawa dan kanak-kanak melihat beliau berpakaian demikian.Menurut sumber yang tidak diketahui beliau telah menjalani rawatan sakit mental dan sekarang telah pulih dan sekarang barulah beliau sudah reti etika pemakaian seluar dalam.Baru lew sopan sikit. Ada lagi sumber (dari kedai kopi Pak Jabit) yang mengatakan beliau telah pulih akibat dari hentakkan demi hentakkan yang dialami beliau semasa berlawan mempertahankan bumi dahulu. Ada juga sumber mengatakan (pasar ikan Kg. Pisang) beliau malu sebab rakan-rakan adi-wira yang lain telah menyindir beliau dengan mengatakan beliau memakai seluar dalam wanita (sebab warna merah kot..) dan gila seks.



Fakta : Kalau pakai seluar dalam di luar kena la panggil "seluar luar". Kalau seluar dalam kena pakai kot dalam lew... Hehehe...


*Cerita ini hanya rekaan sahaja, sekadar ingin membuat para pembaca ketawa*

No comments:

Post a Comment